Victoria Bridge, Kuala Kangsar
Victoria Bridge/Jambatan Victoria Warisan Sejarah Kuala Kangsar. - 28
Jambatan Victoria terletak di Kuala Karai, Kuala Kangsar, Perak. Jambatan ini merentangi Sungai Perak yang menghubungi bandar Kuala Kangsar. Jambatan ini dinamakan Victoria Bridge sempena zaman pemerintahan Queen Victoria di England yang menjajah Malaya atau Tanah Melayu pada masa itu.
Jambatan besi in dirasmikan olej Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, pada waktu itu adalah Sultan Perak yang memerintah Kerajaan Perak. Residen Jeneral FMS British, Sir Frank Swettenham, bersama-sama dengan Pemangku Residen British, Sir John Pickersgill Rodger serta orang-orang kenamaan telah menghadiri majlis perasmian pada 21 Mac 1900.
Kumpulan Krik Krik ke sini selepas mendaki Bukit Berekeh, Sungai Siput. Ini adalah antara kenangan manis yang tidak akan luput dari sanubari buat selamanya. Kenangan yang sungguh indah.
Kumpulan Krik Krik sedang menuju ke Jambatan Victoria
Satu jalan motor menghala ke seberang sungai dan satu lagi menghala ke Jambatan Victoria
Ahli Kumpulan Krik Krik
Semoga hubungan mesra kami kekal sampai ke Jannah
Dari kiri ke kanan (Lelaki sahaja) terdiri dariapda Baim, Kaki Travel Khairuddin, Muhammad Hudzaifah, Hafiz dan Arif.
Satu warisan sejarah yang tidak ternilai harganya
Comments
Post a Comment