THE UNTOLD STORY – SAIFUL POPOI



Ditulis oleh : MAS
Content Creator and Editor.

Selamat malam buat pembaca, maaf tiada entry baru untuk beberapa hari yang lepas sebab admin busy berkelah dalam hutan.

Jadi, Hari ini, admin kembali dengan entry terbaharu iaitu “THE UNTOLD STORY’. Ruangan ini admin khaskan kepada pendaki-pendaki yang telah melalui kejayaan tertentu sepanjang terlibat dalam aktiviti lasak.

Hari ini, Admin memilih Saiful atau lebih dikenali sebagai Poi didalam dunia sukan outdoor.
Ikuti temu bual admin bersama Poi.

Admin : Poi boleh kongsi sedikit pengalaman mendaki anda?.
Poi : Boleh tiada masalah.

Admin : Macam mana boleh mula mendaki?
Poi : Kawan ajak naik Gunung Tahan,Tahan gunung pertama yang Berjaya saya daki.

Admin : Dah berapa lama terlibat hiking?-
Poi : baru 2 tahun

Admin : Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Poi : Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah sejurus selepas balik dari v1 ,Saya camping kat hospital selama  6 hari

Admin : Kisah V1 daypack.
Poi : Kisah v1 daypack ni, korang kene pergi sendiri baru tahu macam mana rasa dia.

Admin : Brapa lama masa yang diluangkan untuk berlatih menguatkan stamina?
Poi : aku selalu training dekat Gunung Semangkok dan Gunung Liang , Tumang Batak daypack ,Masa yang aku selalu target adalah dibawah 12 jam.

Admin : Cabaran semasa V1?-
Poi : aku di gangu benda benda halus, kemungkinan ketika itu aku sedang pewai.

Admin : Barapa masa yang Berjaya anda catatkan?-
Poi :Masa yang berjaya aku catatkan adalah 22jam 15minit

Admin : Nasihat untuk pendaki baru-
Poi : aku suka je nasihat pon janji perkara betul.

Admin : Mana lagi best antara daypack atau camping-
Poi : bagi poi camping lagi best dapat menikmati alam hutan.

Sekian saja temubual ringkas admin bersama Poi untuk ketika ini.Nantikan The Untold Story yang berikutnya.


Comments

Popular Posts