PROJEK PENDAKIAN GUNUNG LIANG TIMUR-LIANG BARAT DAN GUNUNG TUMANG BATAK- BAHAGIAN 2



BAHAGIAN 2-
Ditulis oleh : MAS

Salam Sejahtera buat semua, Seperti yang dijanjikan saya akan kembali dengan bahagian 2 Projek Pendakian LTB.

Sabtu 18-3-2017 Jam menunjukkan 2.00 petang dimana cuaca mula tidak menyebelahi pihak kami, Hujan mula turun dengan selebat-lebatnya dan telah menyebabkan gangguan pada bahagian dapur campsite,dimana pada ketika itu crew dapur sedang menyiapkan makan malam peserta.

Saudara Adli banyak membantu dalam urusan projek pendakian LTB

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Adli kerana membantu dalam menyelesaikan urusan pemasangan ground walau pada ketika itu hujan yang teramat lebat.

Jam 3.00 petang- Cuaca menunujuk perubahan positifdan tidak lama kemudian hujan berhenti.
Crew dapur kembali menyambung tugasan dalam penyediaan makanan peserta pendakian.

5.00 petang – Yeahhh, Masa untuk makan, makan yang dihidangkan tidaklah semegah seperti trip-trip lain, cukup apa yang ada dan ukhwah yang terbina itu lebih penting.Selesai makan semua perserta kembali menurunkan sauh.Seingat saya, jam 8.00 malam semua sudah masuk tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup kerana pendakian ke puncak akan bermula pada jam 2.30 pagi.

DAGING GORENG KUNYIT, AYAM, SOSEJ SAMBAL DAN SAYUR KACANG.


 
Menikmati juadah yang disediakan.
Jeritan bangun bangun bergema, kesemua sudah bangun dan bersiap untuk memulakan pendakian.Seperti biasa pemanasan badan dan bacaan doa untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

2.30 pagi, selangkah demi selangkah kami harungi dalam mencapai misi menjejak ke puncak Liang, Jujur admin katakan pendakian sangatlah menguji mental dan fizikal, terasa puncak seperti sudah dekat tapi ianya halusinasi yang tercipta di dalam minda kita.Kesemua line up tiba di puncak Liang Barat pada jam 5.15 pagi dan meneruskan perjalanan ke Liang timur yang hanya memakan masa 20 minit dari puncak Liang Barat.

Bacaan Doa


5.40 pagi Line up meneruskan perjalan ke Gunung Tumang Batak yang jauhnya 7Km dari puncak Liang Timur, Tiada kata selain Pewai, Pewai ,Pewai bermain di fikiran, tapi kaki kami teruskan untuk melangkah ke puncak Tumang Batak.

Kami semua selamat tiba di Puncak TB pada jam 11.00 pagi tanpa ada sebarang masalah fizikal.
Masa rehat digunakan dengan sebaiknya untuk makan dan rehat kerana cabaran akan lebih sukar ketika perjalanan pulang disebabkan kekurangan tenaga.
Rehat dan makan di puncak Tumang Batak.

Jam 6. 00 petang – Semua selamat tiba di Camp site, tanpa berlengah masa untuk packing barang dan makan malam sebelum meneruskan perjalanan pulang.

8.30 Malam- Masa untuk meneruskan perjalanan pulang,pelbagai cabaran dan dugaan yang kami tempuhi di mana sedikit sebanyak telah menyebabkan perubahan pada jadual asal.Tapi, apa yang lebih penting adalah semua peserta turun dengan selamat dan tiada kecederaan.Kami hanya Berjaya keluar pada jam 4.30 pagi perubahan 2 jam dari waktu yang ditetapkan.

Gambar kenang-kenangan
Berikut adalah Log Pendakian yand admin dapat sediakan,
SUNGAI DARA MENUJU KEM 7E -
KEM 7E MENUJU KE GUNUNG LIANG


GUNUNG LIANG TIMUR KE GUNUNG TUMANG BATAK.


Sekian saja coretan saya buat kali ini dan tiada posting untuk malam nanti, kerana Admin busy sikit nak uruskan urusan perkahwinan.Doakan saya dan pasangan dalam keadaan baik-baik.

Comments

Popular Posts