TIPS DAN PERSIAPAN BUAT YANG BARU BERJINAK-JINAK MENDAKI GUNUNG



Hari ni, terasa nak bagi sedikit ulasan dan tips untuk sesiapa yang berminat nak pergi hiking. Rentetan kerana kebelakangan ini terlalu ramai pendaki baru yang kurang menerapkan aspek keselamatan pada diri,
Jadi disini, ingin saya kongsikan sedikit informasi agar dapat membantu pendaki-pendaki baru.
1. Cuaca
Cuaca yang bagus merupakan penentu segala aktiviti pendakian anda pada hari tersebut, adalah sangat digalakkan untuk melihat ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
Baju Hujan jangan lupa bawa.
2. Kasut

Pemakaian kasut yang sesuai adalah perkara yang sering diabaikan oleh pendaki-pendaki baru sepanjang saya mendaki gunung atau bukit.Pelbagai alasan sering diberikan seperti tiada bajet kerana kasut mahal.Admin sendiri beli Kasut jenama Dunlop berharga RM80, jadi alasan kasut hiking mahal adalah satu alasan yang tidak munasabah.
Tahukah kalian, kaki anda merupakan anggota badan yang paling penting untuk meneruskan pendakian?
3. Pakaian

Pakaian sebenarnya semua bergantung pada keselesaan pendaki, adalah sangat digalakkan memakai pakaian jenis quick dry ketika mendaki dan pakaian yang cepat menyerap peluh.
Penambahan, buat sedikit kajian tentang tempat yang anda ingin daki dan sesuaikan pakaian anda dengan tempat pendakian.
4. Stamina

Sebelum memulakan pendakian, adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit senaman ringan sekurang kurangnya 10-15 minit. Ini adalah untuk mengelakkan otot menjadi kejang sejurus selepas memulakan pendakian.
5. Makanan / Minuman

Sediakan makanan ringan seperti coklat atau energy bar dan air 100 plus untuk dijadikan jajan sepanjang pendakian. Air 100 plus bagus untuk menggantikan garam dalam badan yang keluar semasa berpeluh dan boleh mengelakkan dari kejang bergelumang.
Sebagai penambahan,pendaki juga perlu membawa air mineral.Admin dah terbiasa hiking bawak air sirap.
6. Masa
Perlu diingat, kita pergi mendaki bukan untuk mencatat rekod dunia tetapi untuk merasai pengalaman melalui satu tempat baharu.
7. Sesi bergambar

Saat yang paling dinantikan oleh para pendaki khususnya apabila berjaya mendaki puncak. Tapi jangan diabaikan aspek keselamatan hanya kerana nak mencipta SHOOT paling GRAND.
8. Percakapan dan adab
Bila memulakan perjalanan, bacalah Bismillahirahmanirahim dan berdoalah supaya dipermudahkan perjalanan. Jangan takbur dan riak dalam hutan. Jika terhidu sesuatu, mulut jangan celupar.
Tunggu sehingga selesai pendakian, barulah boleh bercerita pasal benda2 ghaib yang berlaku sebelum itu.
9. Semangat setiakawan


Selalunya ramai yang pergi dalam satu kumpulan. Adalah penting setiap anggota mengambil berat keadaan teman2 lain sepanjang pergi dan balik dari pendakian, dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri untuk kepuasan peribadi.
10. Mental
Digalakkan pendaki untuk sentiasa berfikiran positif sepanjang perjalanan. Jangan terlalu mementingkan bila masa nak sampai puncak dan balik dengan segera tetapi mengabaikan aspek mental samada mampu atau tidak melakukannya.

Comments

Popular Posts