PROJEK PENDAKIAN GUNUNG LIANG TIMUR-LIANG BARAT DAN GUNUNG TUMANG BATAK.

18-19 MARCH 2017


Selamat membaca kepada semua pendaki yang ingin menjejakkan kaki ke Gunung Liang dan Tumang Batak.

Sebelum melangkah lebih jauh izinkan saya menerangkan serba sedikit tentang gunung ini.
Gunung Liang dan Gunung Tumang Batak terletak di Behrang Perak, untuk memohon permit perlu melalui Jabatan Perhutanan Perak Selatan.


Berbalik pada Misi Pendakian ini, Seramai 22 orang pendaki telah mengambil bahagian.Dimana 11 lelaki dan 11 perempuan.

Hari Pendakian.

18 March 2017.
Kesemua Line up berkumpul di Masjid 2020 Behrang Perak.Pembahagian ration untuk memudahkan proses pendakian.Setelah selesai urusan pembahagian rations kami terus bergerak ke starting point
Yang terletak di Kampung Sungai Dara.

Setibanya di Sungai Dara, tanpa banyak masa dibazirkan kesemua line up melakukan pemanasan badan , Taklimat dan bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Ibrahim.

Tepat jam 4.30 pagi Kami memulakan pendakian menuju ke Kem Lubuk Hantu.Perjalanan menuju ke Lubuk Hantu tidaklah begitu mencabar kerana keadaan permukaan jalan yang landau dan kurang berbukit.

Kesemua line up selamat sampai di Kem Lubuk Hantu pada jam 6.30 pagi , Berehat selama 30minit untuk solat subuh dan tidur.





Jam di tangan menunjukkan 7.15 pagi,Line up bersedia meneruskan perjalan ke Camp Site atau nama yang diberi oleh pendaki ialah Kem 7E. Pendakian ke Camp Site memerlukan pendaki untuk kekal positif kerana tiada diskaun yang ditawarkan, bermula dari Kem Lubuk Hantu hanya 1 ayat yang sesuai untuk digambarkan tentang perjalanan ke Kem 7E iaitu “PACAK SAMPAI ATAS”.

11.00 pagi.

KEM 7E, Suasana sejuk dan keadaan cuaca yang mendung agak menganggu keadaan di Campsite.Peserta lelaki ditugas untuk memasang FLY DAN GROUND yang akan tempat untuk Kami Bermalam. Selebihnya adalah aktiviti bebas sementara menunggu makan malam siap dimasak.

PESERTA LELAKI SEDANG MENYIAPKAN FLY DAN GROUND


PERSIAPAN UNTUK MEMASAK

CREW PROJEK LTB

CHEF YANG DILANTIK UNTUK PENYEDIAAN MAKANAN



BERSAMBUNG…….


Comments

Popular Posts