PROJEK PENDAKIAN GUNUNG YONG BELAR
Admin Mulakan dengan projek
pendakian Gunung Yong Belar.Gunung Yong Belar sacara zahirnya Gunung Yong Belar
terletak di persempadanan antara Pahang dan Kelantan.Gunung Yong mempunyai
ketinggian 7162 kaki dari paras laut dan merupakan salah satu gunung yang
dikenali sebagai G7.
Untuk informasi lebih lanjut,
disini admin sediakan link dari Wikipedia.
Berbalik kepada tujuan asal ,
pada tanggal keramat 8 April 2017 , Seramai 33 orang line termasuk krew telah
bertekad untuk menawan puncak Yong Belar secara daypack yang telah dianjurkan
oleh Bison Adventures.
Kesemua line berkumpul di RnR
Tapah pada jam 1 pagi sebelum semuanya bergerak ke Masjid Lojing yang terlatak
di Kelantan.Perjalan mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke Masjid
Lojing melalui Simpang Pulai.
Sejurus Tiba di Masjid Lojing,
Semua line up melalukan persedian dan pemeriksaan terakhir sementara menanti fourwheel
untuk membawa ke tempat parking dan menghantar line up ke tempat permulaan untuk
mendaki Gunung Yong Belar.Untuk makluman, Gunung Yong Belar boleh dilalui
melalui paip atau via Kebun dan pada kali ini kami memilih Via Kebun.
Setibanya di kebun sayur,
Peserta telah diberi taklimat dan bacaan doa sebelum memulakan pendakian.
Tepat jam 5.40 pagi, sesi
sepak daun secara berjemaah bermula, pendakian bermula dengan memasuki pintu
rimba dimana serta merta trek pacak, ibarat kalau pasangan bercinta “ tiada
maaf bagimu”
6.30 pagi , kami berhenti
untuk solat subuh di kawasan yang dikenali sebagai puncak tipu, kalau tak
salah, ada lebih kurang 6 puncak tipu sepanjang perjalan menuju ke tapak perkemahan
yang pertama iaitu Kem Tudung Periuk.
Jam di tangan menunjukkan
tepat pukul 6.50 pagi, perjalanan diteruskan disamping menghayati terbitnya
mentari di ufuk timur, ia merupakan pemandangan yang indah dan menunjukkan
bertapa indahnya ciptaan tuhan.
PENDAKI MENGAMBIL MASA UNTUK BEREHAT DI KEM TUDUNG PERIUK |
8.15 pagi semua pendaki dengan
selamat tiba di tapak perkemahan yang pertama iaitu Kem Tudung Periuk.Pendaki
mengambil peluang untuk berehat dan kembali menyegarkan diri sebelum menyambung
pendakian ke camp site ke 2 iaitu Kem Kasut.
Detik 8.30 pagi perjalanan
diteruskan demi mengapai matlamat yang dituju dan terdapat sedikit masalah
dimana ada peserta yang tidak dapat meneruskan perjalanan.ketika ini, pendaki
yang masih ingin meneruskan perjalanan diminta untuk meneruskan pendakian ke
Kem Kasut, hanya crew dan peserta yang ingin berpatah balik sahaja yang
terpaksa tunggu sehingga semuanya selesai.
Jam 10.00 pagi barulah
semuanya selesai dan crew menyambung perjalanan ke Kem Kasut, Perjalanan ke Kem
Kasut kebiasaanya mengambil masa selama 2-4 jam tergantuk kepada tahap
kecergasan pendaki itu sendiri.
BERSAMBUNG BAHAGIAN 2...
BERSAMBUNG BAHAGIAN 2...
Assalamualaikum...kalo nak join macam mane?..nak tahu lebih details..no tel 0189591410 Seri..tq
ReplyDelete